Thursday, March 5, 2009

segalanya bermula di sini...

kolej kebanggaan setiap insan bergelar anak Kajai..di sinilah segalanya bermula...terbit di ingatan pada satu nama tokoh ini akan terimbau juga tokoh yang bernama Dr Mad dan turut serta rentetan nama seperti puan akma, kak ros, kak eja, kak hana, kak ram, abg daud, abg mus, syawal, fikri, afiq, ekyin, asrul, rafi, azra, barvina, wan, karen, edy, wani, syuk, madno, syam, faliq, hanam, din, kak radhi, kak rozhi, kak wawa, kak mun, dan semuanya yang tersimpul rapi dalam ikatan kenangan.....dan yang paling rapat dalam hidup aku dhee n umi...hehehe..bermulalah aku membuka lembaran demi lembaran coretan pena halus tika aku mengukir memoti itu....
..nk tau???? dulu2 semasa mula2 aku mendaftar berseorangan ke kolej Rahim Kajai, di sini lah dan di pondok inilah aku menangis meratap nasib bersendirian di tempat orang..hehhee mula2 tu mmg la nk tabah tp air mataku mampu merobohkan empangan yang ku cuba bina gara2 melihat pelajar lain ditemani keluarga..saat aku mendaftar msk sekolah menengah menjengah ketika itu.bahagia dihantar ibu, tiada resah bersama ayah...ohhh.. ketika itu aku tiada berteman sunyi dan sendiri...tp ketika mula menapak ke dunia yang begitu asing bagi aku, aku terkapai2 membawa diri. bahasa dan pergaulan aku yang terbatas sebelum ini menyukarkan segalanya. lagi2 saat aku berdepan dengan insan2 yang tidak pernah ku jangka untuk ketemu mereka....
hahahaaa..aku antara pelajar pertama yang sampai ke kolej aku.pukul 2 pagi aku menjengah ke foyer mencari sesiapa yang boleh membantu menguruskan segalanya. aku ditempatkan di flatlet P untuk sementara kerana blok E yang bakal aku duduki msh belum selamat untuk aku duduki. lagipun aku sorang2 hahahhaaa... n duduk kat satu bangunan tu agak2 laaaa..di pagi yang penuh debaran aku menapak ke foyer KRK tok mendaftar diri...waaaaa bnyk masalah..bnyk benda aku xfotostat..tp akhirnya dapat diselesaikan dgn bantuan mereka2 yg bnyk berjasa kepada aku..hehe selepas itu mulalah aku diorientasikan oleh cnior n super2 cnior aku...best sgt.tp wktu tu xda perang dectar.ketika itulah aku mengenali seorg insan bernama DELLIA yang telah menjadi sahabat plg cun n baik aku sekarang...byk memori indah aku bersama dia.kami mengharungi dunia bergelar mahasiswa bersama2...
...setelah bnyk mengenali kehidupan di universiti aku mula terlibat dalam byk persatuan.ohh itu kewajipan bagi aku. kesibukan itu satu ketenangan bagi aku. penglibatan yang aktif dalam mdk, ua n pemasra bnyk memberi ilmu baru kepada aku sebagai penambahan ilmu di dada semasa aktif zaman persekolahanku dulu..yang best nyer aku xkekok untuk aktif di u coz aku telah biasa berorganisasi pada zaman batu aku dulu...hahahha...tahun pertama aku lalui dengan penuh riang.semunya berjalan lancar. segala tekanan yang timbul aku uruskan dgn baik...waaa dellia@dhee bnyk memberi dorongan. walaupun kami rapat bak kate AJ index aku ialah dhee.hehehe tetapi kami melibatkan diri dalam aktiviti yang berlainan.siang kami bersama2 bertungkus-lumus dalam akademik n malamnya pula masing2 membawa haluan berpesatuan. indahnya saat itu....
...tahun kedua aku lebih sibuk. tetapi apa yang menyeronokkan byk benda baru aku pelajari menerusi penglibatan dlm organisasi baru aku.kawan2 sentiasa memberi dorongan dan semangat...pada ketika ini lah aku berpindah ke flatlet. dok sorang2. aku belajar mendisiplinkan diri untuk terus mendidik diri menjadi insan yang aku nk jadi...hehehee sbb kehidupan ini hanya sekali so tidak salah aku membentuk diri spt apa yang aku nk. kejayaan aku menjadi diri yang aku impikan akan mempenyaruhi keyakinan aku dalam meneruskan kehidupan...pendek kata aku nk ucapkan tahniah tok diri aku kerana aku berjaya membentuk diri diketika itu...dan apa yang penting n amat bermakna dalam hidup aku...lipatan kenangan bersama2 rakan sepersatuan sentiasa basah di mata pena hatiku...
..ok pada tahun akhir pengajian aku...aku menerima seorang insan istimewa dalam hidup aku...ohhh xnk menyimpanag jauh... tahun 3 aku bz nk rah...sbb semuanya mencabar minda n segala ilmu yang aku pelajari terdahulu.subjek lebih berbentuk aplikasi teori, dan semua yang telah di ajar semasa thn 1 dan 2...hahahhahaa xtido mlm dibuatnya...lagi2 menyiapkan tesis yang saban hari membelengku fikiran...tp- alhamdulillah....setakat ini semuanya berjalan lancar. Kawan2 dan mereka2 yang berkenaan sentiasa memberi dorongan. lagi pun aku mendapat penyelia yang amat spoting dan terbuka dalam setiap masalah yang aku hadapi...so aku terlalu bersyukur.
sekarang tinggal beberapa bulan lagi aku bergelar mahasiswa....terasa terlalu sekejap melalui zaman ini. seakan2 semalam aku mendaftar menjadi pelajar thn satu...yang penuh kenangan manis itu.....blog ni aku buat hanya lah untuk aku sendiri di hari muka...boleh laaa aku mengimbau saat indah aku semasa muda tatkala aku telah beruban, berkaki tiga suatu hari nanti. Ini kerana bg aku mencoret saat2 indah dalam kamus kehidupan kita bukanlah satu kerugian....

1 comment:

  1. teruskan terbang mencari rimbunan ilmu dalam menghidupkan daerah-daerah usiamu...

    "TERBANG KE PUNCAK SANA!"

    =)

    ReplyDelete